Seven Days – Tujuh Hari oleh Khor Ewe Pin
Ringkasan
Novel remaja yang mengisahkan pengalaman lima orang yang sesat di kawasan zaman purba. Van sekolah yang membawa empat murid sekolah, Bai He, Jian Yun, Xiao Ling, dan Jun Shun, telah terjunam ke dalam sungai ketika hujan lebat selepas dipandu secara berbahaya oleh Pak Cik Ou. Van itu telah terbenam ke dasar sungai sebelum terperangkap di dalam gua bawah tanah, yang sebenarnya merupakan sebuah kawasan zaman purba. Dalam usaha mencari jalan keluar dari gua itu, pelbagai perkara pelik ditemui oleh murid-murid sekolah ini – dunia kristal, haiwan purba, tasik purba, dan hantu perempuan. Malang menimpa apabila mereka terpisah. Jian Yun dan Xiao Ling diselamatkan oleh orang asli. Jian Yun bagaimanapun kembali ke gua untuk mencari Bai He yang disangkanya masih menemani Jun Shun di dalam gua. Bai He sebenarnya telah keluar mencari Jian Yun dan Xiao Ling tetapi tersesat di dalam hutan selepas dikejar oleh ‘hantu perempuan’. Selepas mendengar cerita Xiao Ling yang baru keluar dari hutan, pasukan penyelamat dihantar untuk menyelamatkan yang lain. Pada masa yang sama, Bai He terserempak dengan harimau peliharaan keluarganya dahulu, yang menjaganya dan membawanya keluar dari hutan itu. Jun Shun menemui semula neneknya yang disangka sudah mati bertahun-tahun dahulu. Nenek Jun Shun sebenarnya sesat juga di tempat itu dan menjadi ‘hantu perempuan’. Selepas pelbagai kesusahan yang ditempohi selama tempoh tujuh hari itu, keempat-empat murid itu akhirnya terselamat. Pengalaman tujuh hari itu juga mematangkan mereka dan memupuk rasa kasih sayang dalam diri mereka.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.