EKONOMI MENURUT TASAWUR ISLAM Perbincangan Terhadap Andaian oleh MOHD ZULKIFLI MUHAMMAD
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
MOHD ZULKIFLI MUHAMMAD
Kategori:
General Academics
, School Exercise
, Islam
ISBN:
9789672912262
Penerbit:
Penerbit UMK (UMK Press)
Ukuran file:
4.35 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Buku ini bertujuan membincangkan andaian yang dipakai dalam ekonomi Islam arus perdana iaitu andaian kehendak manusia yang tidak terhad. Sehingga kini, tidak ada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris yang menerangkan dengan lengkap tentang andaian kehendak manusia yang tidak terhad dalam ekonomi Islam dari konteks tasawur Islam. Bahkan belum ada lagi buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tentang andaian ekonomi Islam secara umum. Walaupun terdapat buku dalam bahasa Inggeris tentang andaian dalam ekonomi Islam tetapi ia lebih kepada andaian sumber alam yang terhad (scarcity of resources) dan bukannya andaian kehendak manusia yang tidak terhad (unlimited wants). Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk bacaan umum dan rujukan di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah, institusi kewangan dan institusi penyelidikan yang berkaitan dengan ekonomi kewangan dan perbankan Islam. Buku ini juga boleh menjadi koleksi peribadi pembaca kerana maklumat yang dimuatkan amat bernilai dan sukar diperoleh daripada bahan bacaan lain.
Ulasan
Ekonomi menurut tasawuf Islam.
by Nor Suhana Binti Hamdan on April 30, 2021
Andaian yang sangat detail yg boleh diambil iktibar dalam mengawal kehendak berdasarkan kawal nafsu.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.