Siri Amalan Baik: Kita Bersyukur oleh Fauziah Hanim Jalal, Ibrahim Hashim, Melati Sumari dan Nazariah Abd Samad
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori:
General Novel
ISBN:
e978-983-49-2797-4
Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ukuran file:
6.52 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang bersiar-siar di taman permainan. Seorang ibu, iaitu Siti Hajar melarang anaknya, Husna daripada memijak semut ketika sedang beriadah di taman permainan itu. Siti Hajar bercerita kepada anak-anaknya tentang kelebihan dan mukjizat Nabi Sulaiman a.s. yang memahami bahasa binatang. Baginda memahami percakapan semua haiwan termasuklah semut dan baginda tidak memijak serangga itu ketika lalu di kawasan sarang semut. Siti Hajar juga mengajar anaknya tentang kepentingan sikap bersyukur dan mengasihi makhluk ciptaan Allah SWT. Bagi menambahkan pemahaman kanak-kanak, buku ini juga dilengkapi dengan maklumat tambahan dan soalan pemahaman. Pengisian bahan tersebut termasuklah ruangan Mari Fikirkan Bersama-sama, terjemahan ayat al-Quran dalam Ya Bunayya (Wahai Anakku), Fakta Berkenaan Semut, Amalan Kita dan Glosari. Selain itu, turut disediakan pelbagai cadangan aktiviti untuk panduan ibu bapa melakukannya dengan anak-anak mereka.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.