Tuan Muda Cik Hana oleh Chempaka Lyana

Tuan Muda Cik Hana by Chempaka Lyana from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Chempaka Lyana
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: e978-967-5289-93-4
Penerbit: Intensmart
Ukuran file: 1.23 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

TUAN MUDA: Aku tak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya. Nak kata elegan sangat, tidaklah. Ganas, suka berontak dan usik ibunya adalah. Jatuh cinta pandang pertama! Itulah Nur Hana Sulaiman, gadis yang pertama kali aku melihat sedang berkaraoke di laman rumah selepas habis majlis kahwin abangnya. Gadis yang marah giler kat aku sebab aku langgar pokok ‘bunga kembang pukul 10:00’ dia tu. Eh ehhh…dia tak nampak ke kereta aku kereta apa? Kereta Jaguar kut. Kenapa dia tak hormat aku seperti orang lain? Kenapa dia tak sudi pun pandang muka aku? Tak handsome ke? Aku Ayahanda Bad kut. Cameron Highlands tu aku pegang!

CIK HANA : Cis! Ini ibu punya pasal la! Orang yang aku tak kenal pun, dia sanggup terima jadi bakal suami aku. Nak sangat kan…baik, ini syarat aku…

1. Tidak boleh jumpa saya empat tahun

2.Sanggup menunggu saya habis belajar.

3.Jangan telefon saya

4. Jangan hantar hadiah atau apa sahaja buah tangan sepanjang tempoh bertunang

5. Kalau bertembung pun, buat tak kenal, buat tak peduli.

6. Dalam tempoh empat tahun, sila buat hal masing-masing.

7. DAN Jika saya merasakan kita tiada jodoh, saya berhak buat keputusan demi masa depan saya.

APA akan jadi setelah empat tahun berlalu dan mereka ini sepejabat :

“Selamat tengah hari Tuan Muda. Saya

Hana, saya bawa...”

“Berhenti bercakap, susun buku dan keluar!” Tegas Badri.

“Ya.” Hana angkat muka. Hanya separuh belakang kepala Tuan Muda yang dia lihat. Berlagaknya! Kalau tidak mengenangkan gaji bagus. Dicari sampai ke lubang cacing juga siapakah sebenarnya Tuan Muda ini. “Dah jam satu ni, Tuan Muda. Makan dulu, baru sambung baca. Nanti gastrik, siapa susah? Tuan Muda juga kan? Bye, saya keluar dulu.”

Badri terkedu. Sebaik sahaja pintu ditutup. Hana sentuh dadanya. “Ah kau! Beria prihatin kat dia, dah kenapa? Lantak dialah, nak baca ke apa ke? Perut kau tu yang kena isi. Dah mengamuk semua cacing kat dalam ni?” Ditamparnya mulut perlahan. “Capoi sangat.”

“PERNIKAHAN bukan sekadar jatuh cinta, lelaki memiliki perempuan, sayang. Ia berbentuk amanah dari Tuhan. Pasangan yang sudah tersurat, Allah susun cantik dah.” – Badri / Tuan Muda

Ulasan

Yuan Muda Cik Hana
by Juyana Kastop on February 20, 2021

Best!!!

Wow
by kurakuralaju on March 16, 2021

Jalan penceritaan yg sangat menarik.. mmg terbaikk

tuan muda cik hana
by Nur idatulshima Abdul rashid on April 30, 2021

padu sgt novel ni...sedap..jalan penceritaan yg menarik...

cikeri
by SITI RAHMANI on October 07, 2021

ala2...sweetnya...bole layan

TMH
by Niess Aziz on June 28, 2022

So-so cerita ni…watak heroin yg buat keputusan tak pikor dulu..watak hero yg semua orang takut tp dia sendiri takut dengan heroin..macam ada ruang yang boleh diperbaiki untuk buat novel ni lg menarik

TMCH
by norhasliza binti yusoff on December 29, 2022

sangat best

tuan muda cik hana
by siti nadzirah binti mohd nadzir on May 01, 2023

very confusing; terlalu ramai yang menyukai Hana, terlalu ramai yang bebas laku dengan Hana, gaya hidup dengan undang-undang sendiri dalam novel ini yang merisaukan, Hana yang masih boleh menerima kawan baik yang hampir buat perkara tak senonoh dengan dia dan budaya lepas laku dalam novel ini yang mengganggu bacaan dan pemikiran kedua watak utama yang sangat emotional, keliru dan kurang matang hingga jalan cerita sedikit kurang berkembang, tidak jujur hingga berlanjutan menimbulkan perang mulut saya percaya penulis adalah seorang yang passionate dalam penulisan, cuma jalan cerita, perkembangan plot dan pembawaan watak perlu dihalusi agar tidak terlalu mirip budaya barat

Ohsem
by shahida mohamed on October 09, 2023

Memang kenalah Hana dengan Badri.. Sama sama keras..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan