Sebuah Memoir Bersama Penulis Tamar Jalis oleh Zabidin Haji Ismail

Sebuah Memoir Bersama Penulis Tamar Jalis by Zabidin Haji Ismail from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 9789671773505
Ukuran file: 73.45 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini adalah sebuah memoir yang mengisahkan penulis, Dr Zabidin Haji Ismail (Dr.ZHI) yang sempat beberapa ketika bersama-sama Allahyarham Mohamad Radzi Mahmud atau Tamar Jalis (TJ), seorang pengarang sastera yang telah menghasilkan Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) yang begitu popular pada sekitar tahun 1981 hingga 2005. Sebanyak 13 bab dinukilkan mengenai kisah atau pengalaman penulis bersama-sama TJ terutama perihal mengangkat semula SBDJ yang telah “tenggelam” semenjak siri akhir (284) bertajuk Selamat Tinggal Kawan di majalah Variasari siaran pada bulan Januari 2005 ditamatkan. Cerita-cerita mengenai TJ dan SBDJ cukup menarik dihayati kerana kisah yang ditulisnya begitu lokal dan dekat dengan persekitaran kita. Cerita-cerita karangannya seolah-olah menjadi sebahagian kita pula. Demikian TJ melakarkan sesuatu cerita dengan irama patriotisme dengan alunan gemersik budaya Melayu pada zaman berakhirnya kolonialisme di Malaya. Buku ini, sesungguhnya dapat mengembalikan kenangan para peminat terhadap SBDJ dan TJ.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan