Berikan Aku Peluang Mencintaimu oleh Shima Rostam
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
NORHASHIMAH AWANG
Kategori:
General Novel
ISBN:
9789670870342
Penerbit:
Penerbitan Anaasa PLT
Ukuran file:
0.66 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Mizz-Lady: Sepanjang kita kenal, I tak pernah minta apa-apa. Tak pernah mendesak. Tapi masa takkan tunggu sepertimana I tunggu you. Dalam hati memang tersemat rasa ingin berjumpa dan bercinta macam pasangan lain. Tapi bila you berikan alasan, I terima seadanya. I fokus pada kerja. Tapi nampaknya esok atau lusa, I tak tahu adakah I mampu menunggu dan terus menunggu lagi.
Saat dia sudah bersedia memperkenalkan dirinya, Riya terlebih dahulu menerima pinangan Zamri, teman sekampusnya dahulu. Terkedu dengan kenyataan yang sangat memilukan itu, Noble-Man akur dengan takdirNYA. Bermula saat itu, ternoktahlah satu hubungan yang dicipta di alam maya. Antara Mizz-Lady dan Noble-Man hanya tinggal kenangan. Itu cinta pertama mereka. Riya Adriana. Itulah nama “Facebook” Riya. Kepada Murni, adik iparnya disampaikan pesan untuk menjadi mata mengikuti perkembangan gadis yang dicintai.
“Nanti abang akan bagi nama dia dalam Facebook. Murni request jadi kawannya. Jadi mata abang. Jika dia bahagia, jangan beritahu abang. Tapi if something happen dalam hidupnya, inform abang terus. Boleh?” – Noble-Man
“Tapi kenapa?” – Murni
“Sebab abang nak pastikan dia sentiasa bahagia. Bahagia dia adalah bahagia abang. Derita dia adalah derita abang. Salah abang dulu. Masa tidak dapat diundur kembali. Sekurang-kurangnya hati abang lega kalau dia sentiasa bahagia.” – Noble-Man. 5 tahun berlalu, Riya bersama puteri kesayangan. Kerana Zara, dia kembali mencari rezeki. Namun, kerana status yang dibawa, dia difitnah menggoda bosnya sendiri, Syed Al-Aiman. Lelaki berusia awal 40an yang masih bujang. Bukan dia yang menggoda, tapi Syed Al-Aiman yang mendekatinya. Niatnya hanya satu, mencari rezeki.
“Janda... Apalah yang menarik sangat? Bekas orang pula tu. Cantik lagi anak dara. Bergetah.” Kehadiran Syed Al-Iman sedikit sebanyak mengubah hidupnya. Zara yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kini mula merasainya semula. Dia seperti lama mengenali lelaki itu. Dan dia juga bagaikan melihat bayang-bayang seseorang dalam diri Syed Al-Aiman. Namun dia sedar, dia mesti lupakan kisah lalu. Dan yakinlah hati yang Syed Al-Aiman akan menjaga hatinya sampai mati. Riya menerima lamaran kali kedua untuk menjadi isteri Syed Al-Aiman.
Dapatkan sekeping hati yang masih terlakar nama Noble-Man menerima dan mencintai Syed Al- Aiman yang sah menjadi suaminya? Dan apakah cinta laman mayanya kembali terkubur?
Riya Adriana, berikan aku peluang mencintaimu!
Ulasan
best
by on November 03, 2021
recommended utk dibaca
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.