KOMUNIKASI KESIHATAN & MEDIA: MENDEPANI CABARAN KETIKA PANDEMIK oleh Abdul Rauf Ridzuan, Mohd Sufiean Hassan & Hanita Hassan

KOMUNIKASI KESIHATAN & MEDIA: MENDEPANI CABARAN KETIKA PANDEMIK by Abdul Rauf Ridzuan, Mohd Sufiean Hassan & Hanita Hassan from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 978-967-2423-19-5
Ukuran file: 3.52 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) pada 11 Mac 2020 mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik kerana penularannya yang pantas ke lebih 200 buah negara di seluruh dunia. Pandemik bukan sahaja menjejas kesihatan populasi malah meningkatkan masalah lain seperti kemiskinan, keganasan rumah tangga khusus terhadap wanita dan kanak-kanak, kemurungan, tekanan dan berleluasanya kadar jenayah. Sewaktu berhadapan krisis, komunikasi dan penyampaian maklumat adalah penting. Dua perkara ini perlu diurus dengan sebaiknya kerana pada akhirnya, ia sudah tentu akan memberi kesan kepada kerajaan yang mentadbir ketika krisis itu berlaku.

 

Komunikasi massa hari ini tidak sama seperti dahulu yang dipelopori oleh akhbar, radio dan televisyen. Kemunculan internet dan media baharu seperti laman rangkaian sosial social networking sites (SNSs) membolehkan sesiapa sahaja berperanan sebagai pemberita atau penyiar. Malahan bagi sesetengah individu yang mempunyai pengaruh berupaya pula membentuk pendapat umum sendiri sama ada melalui video YouTube, Facebook atau Twitter. Sewaktu berlakunya bencana Hurricane Sandy tahun 2012, SNSs digunakan bagi menyebarkan berita tempatan, memberitahu orang ramai atau pengguna SNSs kawasan yang terputus kuasa elektrik, kawasan yang dilanda banjir, pengoperasian farmasi untuk ubat-ubatan dan sebagainya. Kesemua maklumat yang disiarkan secara real time ini sangat membantu masyarakat menangani krisis. Di Malaysia penggunaan SNSs meningkat sehingga 2 juta atau 7 peratus setahun dari tahun 2020 sewaktu pandemik. Sehingga Januari 2021, terdapat 28 juta pengguna SNSs yang aktif di negara ini.

 

Mengambil kira pelbagai isu yang berlaku seputar pandemik, buku yang mengandungi 12 bab ini boleh dijadikan sebagai panduan dan asas kepada masyarakat dan pemegang taruh untuk mengambil langkah sewajarnya. Buku Komunikasi Kesihatan & Media: Mendepani Cabaran Ketika Pandemik ini digarap menggunakan gaya bahasa yang mudah dan sesuai untuk bacaan umum masyarakat amnya dan pelajar siswazah khasnya. Dapatan kajian turut dimuatkan sebagai bukti empirikal yang jelas terhadap senario yang berlaku. Buku ini wajar dimiliki oleh setiap pelajar institusi pengajian tinggi dan swasta di Malaysia.

Ulasan

Sesuai untuk bacaan umum
by Abdul Rauf Ridzuan on December 15, 2021

Banyak contoh kajian di musim COVID 19 diketengahkan.

good
by Amanah Farah Hazween on May 31, 2022

good

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan