Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar oleh Hanafi Atan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
"Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang kian pesat ketika ini telah
mengubah cara hidup seharian. Akses kepada maklumat dan pengetahuan yang dahulunya
sukar kini tidak menjadi masalah lagi tanpa disedari. Komunikasi yang menembusi hampir
ke seluruh pelosok dunia dapat diperolehi secara percuma dan dapat dimanfaatkan tanpa
sebarang batas ruang dan masa. Dari segi pendidikan, secara tidak langsung kemajuan TMK
ini mewujudkan pelajar abad ke-21 yang celik TMK dengan ciri-ciri tersendiri seperti kerap
serta cekap menggunakan pelbagai alat TMK sehingga mewujudkan keakraban yang sukar
dipisahkan dan sering mengharapkan peralatan tersebut digunakan secara meluas dalam
proses pembelajaran mereka. Syarahan ini cuba mengupas sejauh manakah pensyarah
bersedia dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan ciri dan keperluan pelajar abad
ke-21 ini dan sejauh manakah pensyarah mampu menghasilkan graduan yang menepati
jangkaan masyarakat digital dan bakal majikan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran di tempat kerja yang sentiasa pantas berubah. Syarahan ini juga mengetengahkan
kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (PBP) berasaskan TMK yang menjadi bidang
tumpuan penyelidikan pengarang sejak tahun 2002. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
menggunakan teknologi dan kesan agen pedagogi (avatar) terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dibincangkan dengan fokus terhadap bagaimana bahan sumber dan
aktiviti yang disediakan dalam pelantar pembelajaran dapat membantu melaksanakan PBP.
Sistem pembelajaran PBP yang dibangunkan oleh pengarang dengan menggunakan objek
pembelajaran, peta minda dan berfokuskan kolaborasi juga diketengahkan. Penggunaan
sistem berasaskan TMK dalam PBP ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang sesuai dan
menepati jangkaan masyarakat digital abad ke-21."
Ulasan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
by TAN LI YONG on March 20, 2020
BAGUS. SESUAI UNTUK GURU-GURU DEMI MENGHADAPI ABAD KE 21.
Terbaik
by Alia shahira binti tarmuji on January 25, 2021
Sangat bagus untuk dibaca. Boleh saya tahu berapa muka surat buku ini?
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.