Oops! Suami Aku Bukan Duda oleh Uji Norizqi

Oops! Suami Aku Bukan Duda by Uji Norizqi from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Uji Norizqi
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-0657-12-7
Ukuran file: 3.93 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Qistina Airisa…..Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya. Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way! Luqman Hakimi…..Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan. “Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama.” Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu? Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi? Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua. Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?

Ulasan

Komedi Romantik
by Halimah Mohamed Kassim on April 13, 2015

Jalan ceritanya bagus. Macam tengok drama pulak bila membaca situasi di tadika. Memang lucu....

Oops! Suami aku bukan duda
by Aishah Ali on September 12, 2017

best cerita ni...boleh buat drama.

????????
by Fariha Mustapha on October 28, 2017

Best ye Qist dpt husband yg betul2 sygkn dy...xkisah la beza umur byk sbb lg matang ada la????

Best
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on July 10, 2018

boleh adaptasi kepada drama

oopsuamiakubukanduda
by Siti Nooramirah on January 06, 2020

awalnye agak meleret skit ceritanya.....dah hujung2 best..

OopsSuamiAkuBukanDuda
by on March 29, 2020

Awal bosan sikit hujung baru best.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan