"Lewat novelnya Di Ruang-Mu Aku di SIni, Khadijah Hashim menangani unsur filosofis dengan berlatarbelakangkan ekonomi antarabangsa. Unsur falsafah ini disulami dengan ciri-ciri novelistik seperti ketegangan, suspen, dan subplot yang membantu proses pencerakinan isu filosofi berkenaan di samping penggembaraan lanskap yang dibuat dengan teliti dan segar." - Amida Adbulhamid, Dewan Sastera (Mac 1993)
"Menatap judul dan kulit novel Di Ruang-Mu Aku di Sini seolah-olah mendedahkan pembaca kepada sebuah kisah percintaan, tetapi novel Khadijah Hashim kali ini berbeza sama sekali daripada sebelumnya. Novel ini menyentuh tema korporat dan pengurusan kewangan yang jarang diberi perhatian oleh penulis lain." - Salbiah Ani, Berita Minggu (21 Februari 1993)
Novel Ruang-Mu Aku di Sini pernah dialih bahasa dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin menggunakan judul "Exiled". Novel Exiled juga telah dicalonkan bagi Anugerah Kesusasteraan Dublin IMPAC International pada tahun 1997.
Ulasan
Di Ruang-Mu Aku Di Sini
by Aina Dayana Hilmi on February 16, 2021
Tidak dapat menelah apa kandungan buku ini. Tetapi dari awal lagi asyik berdebar membaca keadaan Yahya. Agak pelik melihat keberaniannya tinggal seorang diri di kawasan ladang gandum. Ibaratnya seperti duduk di kawasan kampung. Dia terlalu prasangka dengan semua orang terutama orang Asia. Bimbang ditangkap oleh orang Datuk Malik.
Rupanya dia melarikan diri atas satu kes penyelewengan wang yang melibatkan jumlah yang begitu besar. Meskipun akhirnya kes itu selesai tanpa melibatkan dirinya, dia sudah berubah menjadi insan baru. Tidak lagi mahu kembali ke dunia perniagaan seperti dahulu.
Kini, tumpuannya hanya dengan minat baru serta bersatu kembali dengan keluarganya.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.