Bandar Raya Global: Dinamika Kuala Lumpur oleh Hamzah Jusoh

Bandar Raya Global: Dinamika Kuala Lumpur by Hamzah Jusoh from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Hamzah Jusoh
Kategori: General Academics
ISBN: 9789674122140
Penerbit: Penerbit UKM
Ukuran file: 23.28 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pendominasian sesebuah negara dalam ekonomi di peringkat global sering kali dikaitkan secara langsung dengan kewujudan bandar raya bertaraf global yang menjadi pusat arahan dan kawalan dan hub pertumbuhan ekonomi dunia dan serantau. Ini terbukti dengan kemunculan beberapa bandar raya global, seperti New York di Amerika Syarikat, London di Britain, dan Tokyo di Jepun yang menjadi tiga kuasa ekonomi utama global. Hal ini menimbulkan persoalan yang menjadi taras dalam perbincangan buku ini, iaitu adakah pembangunan sesebuah bandar raya di negara dunia ketiga perlu menggunakan acuan negara maju bagi membolehkan negara tersebut memainkan peranan yang lebih aktif dalam arus pembangunan global. Senario semasa menunjukkan bahawa status pembangunan sesebuah negara semakin ditentukan oleh posisi dan daya saing wilayah-bandar raya utama negara tersebut di peringkat supranasional. Berfokuskan Kuala Lumpur dan wilayah-bandar utama perdebatan bandar raya global di negara sedang membangun, iaitu pertama, isu pengintegrasian Malaysia amnya, dan Kuala Lumpur khasnya dalam sistem ekonomi global; kedua, daya persaingan dan kelebihan bandingan dalam sistem bandar raya global dan ketiga, pengenalpastian niches bagi memperteguhkan daya saing bandar raya. Perbincangan tersebut dibuat berpandukan kriteria dan penunjuk terpilih serta relevan dalam konteks negara sedang membangun, dan seterusnya mengenal pasti ‘niches’ pembangunan yang berupaya memposisikan Kuala Lumpur secara lebih berkesan dalam arus pembangunan global.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan