Amir Minah Macho oleh Ummu Wafa

Amir Minah Macho by Ummu Wafa from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Ummu Wafa
Kategori: Romance
ISBN: 978-983-124-825-6
Ukuran file: 1.06 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni… Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu. Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?

Ulasan

Amir Minah Macho
by Fadilah Bt Mohd Darus on March 30, 2020

Penulisan yang sangat baik kerana diselitkan dengan Ilmu islamik. Sesuai untuk bacaan umum. Tahniah buat penulis.

AMIR MINAH MACHO
by on April 26, 2020

Banyak benda yang saya dapat ambil sebagai pengajaran dalam cerita ni .

Amir Minah Macho
by on December 01, 2020

Tak diceritakan apa penyelesaiannya kepada masalah Sofia yang mengandung sama ada berkahwin atau tak dengan Tengku Imran. Cerita yang menyelitkan adegan lucu, sedih dan bercirikan islamik. Banyak pengajaran yang dapat diambil.. ~ mrscyrusS

Amir Minah Macho by Ummu Wafa
by SITI RODZIAH BINTI ISMAIL on December 05, 2021

Bacaan santai di PNM e-Reader. Pinjam darii Perpustakaan Negara Malaysia - Digital Library Dialog/nukilan yang menarik... Ingat... kerja untuk mencari pengalaman, bukan untuk menjadi hamba orang. Ya ALLAH, lindungilah diriku dan keluargaku daripada api neraka! Itulah doa yang selalu dia baca sebaik saja selesai solat. Semoga ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang melindungi mereka. Amin... “Buat apa awak pedulikan tin kosong, yang berisikan minuman, kan banyak? Jadi, pilihlah yang tak kosong. Ingat, dalam hidup ini kita perlu melihat ke hadapan dan berfikiran positif. Jangan ambil kira perkara-perkara yang negatif tu!” Dalam persahabatan, perlu ada keikhlasan, kasih sayang dan bersahabat kerana ALLAH. Sahabat yang baik, kadang-kadang kasih sayangnya melebihi daripada adik-beradik sendiri. Mungkin dengan adik-beradik atau saudara-mara kita tak mampu meluahkan apa yang terbuku dan tersangkut di hati, tapi dengan sahabat kita boleh mengadu apa saja tanpa rasa segan dan rendah diri. Hebatnya peranan seorang sahabat. Disebabkan itulah, Rasulullah SAW menggelarkan para sahabatnya seumpama bintang-bintang. Sentiasa hampir dengannya dan sentiasa memberi sinaran dalam perjuangannya. Sesiapa mengikut jejak langkah mereka, bererti dia telah mendapat petunjuk. Tidak ada perkataan yang lebih bererti melainkan perkataan ‘sabar’. Tidak ada kata yang lebih sesuai untuk memujuk hati yang berduka melainkan perkataan itu juga. Kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau saya berubah pun, mesti kerana ALLAH, bukan kerana manusia atau sebab-sebab tertentu. Biarlah rasa taat kepada ALLAH tu penuh dengan keikhlasan.

Touching
by Kyraridzuan on March 09, 2022

Alhamdulillah selesai menamatkan kisah ini. Cerita yang banyak penuh pengisian dengan kisah kekeluarga dan cinta. Di sebalik kisah ini banyak pengajaran yang indah yang diselitkan. Subhanallah! Cintailah kerana Allah Pengakhiran yang menyentuh hati

good novel
by Nabihah Ramli on October 26, 2022

novel terbaik yang sarat dengan pengajaran dan ilmu agama. cuma berkenaan sofea yang tergantung kisahnya, itu saja lah kekurangan novel ini pada pendapat saya

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan