Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya.
Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan!
Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata.
Cinta tetap cinta… berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri?
Ulasan
terbaik
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on May 09, 2018
Jalan cerita dia best sangat2
Aduhai, Bos Bertuah!
by on February 27, 2021
Dian dan bapa mentuanya ni sama je perangainya.. Hal yang penting disembunyikan. Lepas tu timbul pula masalah yang lain. Rasanya macam tak ada sebab yang kukuh nak sembunyikan daripada anak-anak yang mereka ada abang sulung yang pernah diberikan kepada orang lain untuk dipelihara. Dian pun tak sepatutnya bersikap terburu-buru sampai membuang masa hampir 2 tahun berpisah dengan suaminya. Sebak juga bila menyelami perasaan Zamil yang dihukum tanpa diketahui apa kesalahannya. Tak diceritakan pula kenapa Azmil meninggalkan isterinya setelah ada anak. Kisah Azmil habis begitu sahaja seperti tiada kesinambungan dengan keluarga Pak Karim. Suka dengan watak Asmidar dan Ida yang menceriakan jalan cerita..
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.