Bila hati telah retak,
Hidup berteman si air mata,
Bila laut tak bergelombang,
Segunung pujuk tiada berguna.
Terjerat ke kancah perkahwinan tanpa rela, separuh jiwa aku menerima Encik Zafrul Amri merangkap bos di tempat kerjaku sebagai suami. Diakah bakal pelindungku? Diakah bakal membawaku ke jalan syurga?
Arief Rachman Haqeem, jejaka kacukan dari seberang terpaksa aku kecewakan. Bunga-bunga sayang yang sedang mekar mewangi dan putik-putik cinta yang baru berkembang, berguguran bersama deraian air mata.
“Saya tak sangka kesudahan kita jadi begini. Saya sayangkan awak, Wiesha. Saya cintakan awak!” ~Arief Rachman
“Selamat tinggal, Arief. Saya tahu awak lelaki yang tabah. Jangan kerana saya, awak tutupkan hati untuk orang lain. Doakan kebahagiaan saya…” ~Dahlyana Darwiesha
Pasrahku membawa derita. Encik Zafrul menikahiku hanya kerana aku seiras kekasih lamanya. Aku menjadi galang ganti cinta Encik Zafrul bersama Kak Mylia yang tidak kesampaian. Kembalinya Kak Mylia kepada Penciptanya menambahkan kemelut di jiwa. Encik Zafrul terus hidup dalam bayang-bayang kenangan silam bersama bekas kekasihnya yang telah pergi.
“Lyana bukan Kak Mylia, Lyana tak boleh ubah diri Lyana jadi orang lain!” ~Lyana
“Abang mengaku cinta abang pada Mylia tak pernah mati. Arwah Mylia merupakan kekuatan abang. Lyana… pelengkap hidup abang. Abang sayangkan Lyana dan abang tak boleh terima kalau ada lelaki lain yang mahu rampas Lyana dari abang.” ~Zafrul
Akibat cemburu dan sering salah sangka, bayi yang aku kandung selama enam bulan lamanya tak sempat menjengah dunia. Kecewanya aku. Salahkah aku minta dilepaskan?
‘Mak pesan, jangan kasar-kasar lagi dengan suami’
‘Pesan along, belajarlah memaafkan!’
Encik Zafrul cuba meraih cintaku kembali. Akan tetapi... sekeping hati yang telah retak, bolehkah dicantum semula? Ceritera cinta dan air mata seorang Darwiesha, mungkinkah ada penamatnya?
Ulasan
terbaik
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on April 05, 2018
tahniah penulis...best sangat2
best tapi
by Yumin on November 23, 2018
sedih
CCD
by Norita bt Hashim on October 28, 2019
best jga...
.
by on April 14, 2020
Best.. Penulis suka bercerita mengenai tempat seperti di Kota Kinabalu.
Terbaik
by Rubina Abd Rahman on November 05, 2020
Banyak pengajaran
Ceritera Cinta Darwiesha
by Ixora Riana on January 26, 2021
Not my cup of tea! sorry. Terlalu banyak onak dan duri dalam kehidupan Darwiesha. Plus, Zafrul is really a jerk! Dah kawin dgn si adik tapi masih cintakan si kakak. Siap harap si adik tu mati dan bukannya si kakak. Suami apa mcm ni?! For me silap Darwiesha pn bnyk. Takkan taktau diri tu dah ternoda ke blom. Boleh pegi check dkt hospital kalau tak pasti. Bila dh kawin pn masih tak jaga batas² sbg seorang isteri. Bukan la nk cakap dia sosial cuma dia biarkan lelaki² lain mendekati dia. Semua 'derita' Darwiesha dpt dielak kalau dia pilih utk share apa yg jd dgn ahli keluarga dia. Tp dia sanggup pendam sorg². Zafrul pn sama je. Bukan contoh suami yg baik pn. Otw ke Cherating dgn Ayuni, tak sempat check in diorang accident. Ayuni meninggal. Zafril patah kaki. Kalau diorang semua berbalik pd ajaran Islam, tentu takkan jd camni.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.