Gemalai Kasih oleh Lynn Safiya

Gemalai Kasih by Lynn Safiya from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Gemalai Kasih
Penulis: Lynn Safiya
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0657-99-8
Ukuran file: 2.36 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya. “So! Our parents think we should marry!” - Effendi “... Lia langsung tak kenal Fendi ni, so how can we marry? - Lia Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya? “Cinta? Fendi pernah kahwin atas dasar cinta. Tak berkekalan pun! So, why not with someone I don’t know? Lagipun, my mother thinks you are perfect for me.” - Effendi Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai? Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan? Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?

Ulasan

gemalai kasihmu
by on October 16, 2017

best

gemalai kasihmu
by on May 29, 2019

lebih suka novel demi bahagia ini

Gemalai Kasih
by on December 10, 2020

cerita yang menarik untuk mengisi masa lapang

Gemalai Kasih
by on January 27, 2021

Great ..indeed

Gemalai Kasih
by Siti Aisyah binti Ramle on September 05, 2021

Cerita yang best. Tapi ada part imbas kembali tu buat pembaca betul-betul kena fokus

Lia & Fendi
by Nor Hazirah Ishak on December 11, 2021

Konflik tak berat, best bila dorg dh keep on flirting with each other... Sesuai utk bcaan ringan.

Gemalai Kasih
by Siti Aisyah on August 29, 2023

Untuk novel ni, jalan cerita dia biasa2. Tak de konflik berat lebih ke arah romantik sgt, jadi saya x berapa minat. Gaya penulisan dia x berapa nak best jadi mcm cepat bosan. Banyak sangat cerita dlm 1 novel, pasal watak utama, pasal abang dia, pasal mak ayah dia, pasal Mona , pasal azim. Apapun masih okay untuk dibaca.

gemalai kasih
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on March 13, 2024

suka watak utama lelaki & perempuan. watak Ina pun suka. Baik budaknya.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan