Karbon Teraktif-Agro: Bahan Berkos Rendah, Boleh Diperbaharui dan Lestari untuk Persekitaran Bersih oleh Bassim H. Hameed

Karbon Teraktif-Agro: Bahan Berkos Rendah, Boleh Diperbaharui dan Lestari untuk Persekitaran Bersih by Bassim H. Hameed from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Bassim H. Hameed
Kategori: General Academics
ISBN: 978-983-861-806-9
Ukuran file: 2.43 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

"Secara amnya, masyarakat kini telah mula peka dengan isu pencemaran alam sekitar terutamanya yang melibatkan air, udara dan tanah. Aktiviti industri dan pertanian yang berkembang pesat turut menghasilkan pelbagai jenis bahan atau sisa buangan yang sekiranya tidak diurus dengan baik akan menyumbang kepada pencemaran ini. Industri minyak sawit sebagai contohnya telah menghasilkan berjuta-juta tan bahan buangan seperti tandan buah kosong, tempurung, gentian sawit dan pelepah pokok kelapa sawit. Bahan buangan ini boleh digunakan sebagai bahan asas untuk proses penjerapan yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh industri rawatan sisa air. Walaupun terdapat pelbagai teknologi yang ada untuk rawatan sisa air, proses penjerapan didapati lebih praktikal dan sesuai disebabkan pengendaliannya yang mudah, kos operasinya yang rendah dan kecekapan untuk menyingkirkan bahan cemar yang tinggi. Proses ini menitikberatkan penggunaan bahan penjerap yang stabil, mempunyai kapasiti penjerapan yang tinggi dan mudah untuk diregenerasi. Sekiranya bahan penjerap yang digunakan tidak stabil, ia akan mudah mengalami perubahan struktur kimia di dalam air yang dirawat dan akhirnya menyebabkan pencemaran yang lebih ketara dan tidak dapat diregenerasi. Karbon teraktif komersial telah digunakan dengan meluas kerana ia mempunyai kecekapan penjerapan yang sangat baik dan boleh merawat pelbagai jenis bahan cemar. Walau bagaimanapun ia adalah mahal, dihasilkan daripada bahan yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu dan memerlukan tenaga yang banyak semasa proses pemanasan lazim. "

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan