Pengurusan Projek dan Kelestarian: Titik Pertemuan oleh Omar Osman

Pengurusan Projek dan Kelestarian: Titik Pertemuan by Omar Osman from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Omar Osman
Kategori: General Academics
ISBN: 978-983-861-810-6
Ukuran file: 1.74 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

"Pengurusan projek dan kelestarian adalah dua konsep dan aplikasi yang luas, penting dan relevan dalam kehidupan masa kini dan masa hadapan. Konsep kedua-duanya kadangkala dikatakan terlalu abstrak dan mengelirukan, terutama pada peringkat awal permulaan kedua-dua konsep ini diaplikasikan. Kini, kedua-dua konsep ini sudah mula difahami dan sudah pula mencapai tahap aplikasi yang relevan dalam kehidupan kerana kesedaran kelestarian makin meningkat, walaupun kesedaran pengurusan projek tidak terlalu ketara kerana lebih berfokus kepada pengamalnya sahaja. Pengurusan projek dan kelestarian bermula dengan dua konsep yang berbeza. Pengurusan projek adalah berasaskan teori sementara dan kelestarian pula pada teori berpanjangan. Kedua-dua ini berlawanan dan apakah ini menjejaskan kepentingan kedua-duanya dalam organisasi dan di manakah pula pertemuannya? Atau adakah sebenarnya teori pengurusan projek dengan sendirinya adalah kelestarian kerana konsep kitaran hayat yang wujud walaupun berkonsepkan teori sementara. Mungkin juga asas teori pengurusan projek yang perlu disesuaikan dengan keperluan kelestarian. Beberapa senario dikemukakan untuk menghuraikan persoalan-persoalan yang dikemukakan yang bertujuan menemukan titik pertemuan pengurusan projek dan kelestarian. Empat senario dipilih, iaitu pendidikan untuk pembangunan lestari, pembinaan untuk kelestarian, pengajian tinggi untuk kelestarian, dan pembangunan pelajar untuk kelestarian. Enam titik penemuan sokongan digunakan untuk menilai senario ini melalui perspektif pengurusan projek. Titik pertemuan utama ialah perlunya dikaji dan dihuraikan dengan lebih lanjut pengurusan projek untuk kelestarian (project management for sustainability) yang perlu dipacu oleh titik pertemuan sokongan, iaitu institusi, governan, sumber, bakat dan kepimpinan, luaran, dan metodologi pelaksanaan.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan