Madrasah Ramadan: Pengajaran dari Pelbagai Dimensi (Edisi Kemas Kini) oleh Penyunting: Azizan Baharuddin
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Penyunting: Azizan Baharuddin
Kategori:
Islam
ISBN:
978-983-2636-81-6
Penerbit:
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Ukuran file:
1.56 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Puasa merupakan suatu ibadah fardu yang merupakan
tiang agama dan Rukun Islam yang ketiga umat Islam. Ibadat
puasa di bulan Ramadan mempunyai begitu banyak sekali
keistimewaan dalam pelbagai sudut rohani dan jasmani.
Apabila proses penyucian yang dilalui dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin ia amat penting sebagai kaedah
rejuvenasi jiwa dan produktiviti umat Islam yang seterusnya
akan membolehkan mereka berjaya di dalam bukan sahaja
kehidupan mereka sendiri tetapi, sudah pastilah juga
kehidupan seluruh masyarakat yang majmuk seperti di
Malaysia. Dari segi kemasyarakatan dan pembangunan
ketamadunan, paling penting ibadat puasa melatih umat
Islam menyedari tanggungjawab memastikan keadilan sosial
terlaksana dengan mereka mengalami secara realiti hakikat
kelaparan dan dengannya kemiskinan serta keterpinggiran
sosial yang mengiringi kemiskinan tersebut.
Dari sudut fizikal dan kesihatan pula begitu banyak
kajian telah menunjukkan betapa aktiviti berpuasa amat
kritikal kepada kesihatan tubuh badan manusia. Prosesproses
pembersihan dan penyegaran alat penghadaman
makanan merupakan asas merehat dan menguatkan semula
organ-organ di dalam tubuh manusia yang pula memberi
kesan kepada kecerdasan akal dan emosinya.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.