Lotong Merah Primat Eksklusif Borneo oleh Maklarin Lakim

Lotong Merah Primat Eksklusif Borneo by Maklarin Lakim from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Maklarin Lakim
Kategori: General Academics
ISBN: 978-983-46-1792-9
Ukuran file: 22.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini memaparkan biologi spesies primat unik yang endemik dan bersifat eksklusif di Borneo, iaitu lotong merah. Perihal lotong merah diketengahkan ekoran kehadirannya yang jarang-jarang diketahui umum. Keunikan lotong merah dalam pelbagai aspek biologinya seperti penyesuaian pemakanan, cara pergerakan dan kehidupan sosial haiwan ini dijelaskan dengan ilustrasi foto. Karya ini berunsurkan sains Malaysiana dengan fokus terhadap kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia yang diharapkan akan dapat meningkatkan apresiasi masyarakat tentang keunikan spesies primat eksklusif.

Ulasan

LOTONG MERAH PRIMAT EKSKLUSIF BORNEO
by NORHARA BINTI AHMAD on April 27, 2020

Buku saintifik mengenai lotong merah yang disampaikan dengan mudah difahami oleh orang awam. Lotong merah sejenis haiwan primat yang tidak popular. Malah ramai yang tidak menyedari kewujudannya. Lotong merah sering disalah anggap sebagai orang utan memandangkan bulunya yang berwarna merah. Rupanya seperti lotong kelabu yang biasa kita temui. Lotong merah hanya ditemui di borneo sahaja. Kajian lotong merah yang dibuat kajian terdapat di taman kinabalu atau hutan simpan di sabah. Populasi lotong ini terancam akibat penerokaan hutan oleh manusia. Lotong merah penting sebagai agen penyebaran biji benih, agen pendebungaan,, agen penyuburan tanah dan salah satu komponen penting dalam rantai makanan dalam ekosistem..Pemuliharaan hutan penting memandangkan habitat lotong merah adalah di kawasan hutan primer dan hidup di kawasan di pokok pokok yang tinggi dan rimbun..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan