Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan oleh Editor: Ambigapathy Pandian, Murshidi Harun@Zakaria, Tan Hock The, Siti Noraini Jupri, Noraini Ali
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Editor: Ambigapathy Pandian, Murshidi Harun@Zakaria, Tan Hock The, Siti Noraini Jupri, Noraini Ali
Kategori:
General Academics
ISBN:
978-967-461-085-2
Ukuran file:
2.95 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Buku ini menyinkap lima dimensi pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Cakupannya meliputi aspek pedagogi, strategi, pendekatan serta teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Antara aspek yang dibicarakan, termasuklah soal pembinaan, pengembangan serta pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pembelajaran Bahasa asing sebagai nilai tambah terhadap diri para pelajar, penerapan teori dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, aplikasi teknologi dan media dalam pendidikan Bahasa, literasi sebagai upaya untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dari segi sosial dan intelektual, dan aspek penterjemahan dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing serta penilaian hasil terjemahan. Ternyata bahawa dimensi perbincangan buku ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pada semua peringkat pendidikan. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar university, penyelidik dan perancang kurikulum, guru, pentadbir sekolah dan para pelatih institusi latihan guru.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.