Awak Sungguh Perfect oleh Nurul Syahida

Awak Sungguh Perfect by Nurul Syahida from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Nurul Syahida
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-446-27-89
Ukuran file: 3.10 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri. Kucing ada banyak baka. Ada baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri tetapi amat setia. Khadijah alias 'Kat' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah tidak tahu, manusia juga ada banyak 'baka'. Ada baka lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta hidupnya yang tidak kunjung tiba. Jadi, apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya, dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan dengan masa silam dan persoalan utamanya. Dia sendiri baka manusia jenis apa?

Ulasan

cerita pasal kucing pun boleh buat orang menangis
by norhazrin binti md norsam on February 17, 2018

saya suka bahasa awak. walaupun formal, tapi bila santai tak lah macam baca mesej budak-budak we chat!

boring
by on February 07, 2021

feel dia mcm baca buku sejarah.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan