[ No Description ]



 



Rp 102.815

“Sesiapa yang berpuasa satu hari, Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada api neraka sejauh 70 musim.”

(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

 

Ibadah puasa adalah satu-satunya ibadah yang tidak dapat diperlihatkan dengan zahir. Perlaksanaannya melibatkan niat dan kejujuran Muslim itu sendiri.

Walaupun ia kelihatan mudah, beberapa peraturan dan syarat mengikatnya sebagai pemelihara kemuliaan ibadah puasa. Keagungan ibadah puasa begitu tinggi sehingga dinamakan sebuah syurga khusus buat mereka yang gemar berpuasa dan puasanya diterima, syurga ar-Rayyan.

 

Selain itu, ibadah puasa juga menyajikan ganjaran dalam pelbagai aspek lagi seperti kesihatan dan kecergasan. Langkah demi langkah berpuasa dituliskan dalam buku ini sebagai panduan teratur buat semua yang mahu melaksanakan ibadah puasa, sama ada puasa sunat ataupun puasa wajib. Semoga puasa kita diterima Allah.

view book