[ No Description ]



 



Rp 67.143

Penulisan buku ini dihasilkan pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merupakan salah satu sumbangan terpenting dalam membahaskan berkenaan isu wabak pandemik COVID-19 dan peranan yang dilaksanakan oleh institusi zakat khususnya dalam mendepani wabakCOVID-19 dalam hal ehwal berkaitan institusi zakat, muzakki dan asnaf. Pelbagai inisiatif dan langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuk institusi zakat dalam membantu mereka yang terjejas dengan wabak ini. Institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sentiasa proaktif dalam membantu masyarakat tidak kira dalam apa jua keadaan. Peranan institusi zakat amat besar dalam membantu golongan asnaf, mereka yang terkesan dengan wabak ini termasuk mereka yang berada di barisan hadapan. Pelbagai inisiatif dan peruntukan dana khas zakat disediakan dalam membantu kerajaan dan mereka yang bertugas dalam menangani wabak COVID-19 yang begitu serius ini. Buku ini membincangkan berkenaan wabak Coronavirus yang berlaku di dunia dan juga di Malaysia dari pelbagai aspek. Selain itu buku ini juga memfokuskan kepada isu serta cabaran yang dihadapi oleh institusi zakat, muzakki dan asnaf dalam mendepani wbak COVID-19. Diharapkan penerbitan buku ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kerajaan, institusi-institusi pendidikan Islam dan institusi-institusi zakat, asnaf serta setiap golongan masyarakat khususnya yang mendepani wabak COVID-19 ini. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh institusi zakat dan MAIN dapat membantu kerajaan, asnaf, mereka di barisan hadapan dan semua pihak yang memerlukan.

view book