[ No Description ]



 



Rp 102.815

Dendam...

Jesnita terperangkap dengan permainan bahaya kerana dendam lama yang dibawa semenjak zaman kolej. Wanita sepertinya tidak merasai cinta yang sebenar melainkan lelaki sekadar satu kesempatan untuknya sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Rafael yang telah berjaya mengetuk pintu ketenangan dirinya.

Gold digger!

“Tak ada orang akan datang dan meminta untuk berkahwin macam tu saja. Apatah lagi semua orang cakap I ni jahat.”- Jesnita

Rafael, lelaki tampan sarat agenda, dengan senyum santai. Luaran tampak tidak berkocak hatinya dengan kejelitaan dan keselambaan yang dimiliki oleh Jesnita. Misi utamanya adalah untuk menjatuhkan si gold digger dan mendapatkan kuasa dalam Temenggung Emas. Lalu dia merampas Jesnita daripada Zaid!

“First, you have to marry me. Saham tu belum jadi milik you selagi you tak kahwin dengan I.” - Rafael

I perempuan yang tak mudah cair, Rafael. I perempuan yang orang sebut sebagai... manipulator.-Jesnita

Lalu Jesnita terperangkap dalam perkahwinan yang bertujuan untuk mengenakannya.

Sayangnya setelah dia mengahwini Jesnita, Rafael menyedari begitu banyak rahsia tentang Jesnita yang tidak dapat diselaminya. Wanita itu berbeza dari watak bimbo yang didengarinya selama ini. Juga rahsia tentang Zainal, Datin Syafinaz... Temenggung Emas dan tentang segalanya!

Play stupid game, win a stupid price...

Mereka berdua terciduk oleh permainan yang sungguh bahaya. Rafael terperangkap oleh kenyataan, bukan Jesnita yang membunuh Zainal selama ini. Jadi, siapakah pembunuh Zainal sebenarnya?

Jesnita dan Rafael... mereka berdua bertemu cinta hasil dendam dan agenda. Tidak mudah untuk mereka bersatu jika tiada rasa percaya antara mereka.

I just want my life back. He’s my life.-Jesnita

Dugaan mereka berdua besar. Namun mereka berpegang erat antara satu sama lain untuk melepasi setiap dugaan itu. Jesnita dan Rafael... cinta hadir dalam keadaan tidak sangka. Namun sekali hati merasakan cinta, mereka tidak ingin melepaskan diri darinya! 

view book