[ No Description ]



 



Rp 38.553

"Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang kian pesat ketika ini telah mengubah cara hidup seharian. Akses kepada maklumat dan pengetahuan yang dahulunya sukar kini tidak menjadi masalah lagi tanpa disedari. Komunikasi yang menembusi hampir ke seluruh pelosok dunia dapat diperolehi secara percuma dan dapat dimanfaatkan tanpa sebarang batas ruang dan masa. Dari segi pendidikan, secara tidak langsung kemajuan TMK ini mewujudkan pelajar abad ke-21 yang celik TMK dengan ciri-ciri tersendiri seperti kerap serta cekap menggunakan pelbagai alat TMK sehingga mewujudkan keakraban yang sukar dipisahkan dan sering mengharapkan peralatan tersebut digunakan secara meluas dalam proses pembelajaran mereka. Syarahan ini cuba mengupas sejauh manakah pensyarah bersedia dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan ciri dan keperluan pelajar abad ke-21 ini dan sejauh manakah pensyarah mampu menghasilkan graduan yang menepati jangkaan masyarakat digital dan bakal majikan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja yang sentiasa pantas berubah. Syarahan ini juga mengetengahkan kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (PBP) berasaskan TMK yang menjadi bidang tumpuan penyelidikan pengarang sejak tahun 2002. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menggunakan teknologi dan kesan agen pedagogi (avatar) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibincangkan dengan fokus terhadap bagaimana bahan sumber dan aktiviti yang disediakan dalam pelantar pembelajaran dapat membantu melaksanakan PBP. Sistem pembelajaran PBP yang dibangunkan oleh pengarang dengan menggunakan objek pembelajaran, peta minda dan berfokuskan kolaborasi juga diketengahkan. Penggunaan sistem berasaskan TMK dalam PBP ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang sesuai dan menepati jangkaan masyarakat digital abad ke-21."
view book