[ No Description ]



 



Rp 15.953

Segalanya dinilai melalui maksud dan fungsinya.Ambil sahaja contoh yang paling mudah, katakanlah sebuah kipas.Kipas dibeli untuk menjalankan fungsinya.Fungsi kipas atau tujuan kipas dibeli ialah untuk memberikan kerehatan dan keselesaan kepada pemiliknya. Jika kipas itu rosak an tidak dapat menjalankan tugasnya, maka sudah pasti kipas itu akan dibaiki. Jika asyik rosak sehingga tidak dapat dibaiki untuk menjalankan tujuan ia dibeli,maka akhirnya kipas tadi akan dihumban ke tempat pembuangan sampah.Bagaimana pula jika kita sebagai seorang Muslim tidak dapat melaksanakan tugas dan tujuan kita dijadikan sebagai seorang Muslim? Allah-lah yang telah menciptakan kita, dan Allah-lah yang memilih kita untuk menjadi umat Rasulullah(sollalahu 'alaihi wa salam), maka Allah-lah yang lebih berhak untuk memberitahu kita apakah tugas hakiki kita sebagai seorang Muslim. Allah berfirman: Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya...(Asy-Syura 42:13) Bagaimanakah pula untuk kita dapat "tegakkan agama"? Maka,untuk menjadikan perkara ini menjadi jelas sejelas sinarnya matahari. Marilah kita mencari pedoman dan panduan berkenaan perkara yang amat penting ini!
view book