Angsana Rimbun oleh Khadijah Hashim

Angsana Rimbun by Khadijah Hashim from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Khadijah Hashim
Kategori: Children
ISBN: 978-983-852-703-3
Ukuran file: 3.74 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pada mata kasar, sepohon angsana di tepi jalan hanyalah sepohon yang rimbun tempat orang berteduh. Namun, di sebalik pohon yang rimbun itu ada kehidupan serangga, tupai, dan burung-burung. Jelas sekali pohon angsana ini banyak berbakti kepada manusia dan juga haiwan. Namun, pohon ini terancam akibat sikap rakus manusia demi pembangunan. Pohon ini akan ditebang. Berita ini menggusarkan haiwan-haiwan yang berlindung di situ. Burung-burung merintih dalam nyanyian mereka agar pokok itu tidak ditebang kerana di situlah mereka membuat sarang. Tupai dan semut juga berharap begitu. Apa yang terjadi kepada pohon angsana itu? Adakah benar pokok itu akan ditebang? Buku Angsana Rimbun ini mengajak dan mendidik anak-anak supaya menghargai alam sekitar. Pohon angsana bukan setakat tempat manusia berteduh, tetapi tempat perlindungan bagi haiwan-haiwan kecil juga.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan