Mereka Yang Pulang oleh ISMAIL HASHIM
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Mereka Yang Pulang
Penulis:
ISMAIL HASHIM
Kategori:
General Novel
ISBN:
978-967-12447-2-2
Penerbit:
Ismail Hashim
Ukuran file:
0.42 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Antologi cerpen berjudul ‘ Mereka yang pulang’ adalah antologi cerpen persendirian yang dihasilkan oleh penulis Ismail Hashim. Adunan pengolahan cerpen tulisan penulis ini ada pelbagai tema dan membuatkan pembaca tidak berasa bosan untuk membacanya.
Sebanyak 24 buah cerpen dalam antologi ini. Cerita dimulakan dengan ‘Taman De Impiana’. Ceritanya berkisar tentang cadangan projek pembinaan sebuah taman impian di sebuah daerah. Taman impian yang dimaksudkan itu merupakan sebuah produk pelancongan yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.
Tapak cadangan asal,iaitu kawasan laut telah ditambak untuk dijadikan tapak projek ini. Malangnya, projek ini terbantut perlaksanaanya akibat dari kemelesetan ekonomi negara dan dunia dan tapak ini telah dijadikan rumah kedai untuk tujuan perniagaan.
Cerpen yang bertajuk ‘ Tangga’ merupakan kisah keluhan dari kakitangan di sebuah pusat pengajian tinggi di mana penulis yang bekerja sebagai jurutera selenggara di situ menerima rungutan dari kakitangan,khususnya yang berbadan besar dan penggunaan tangga untuk naik ke tingkat yang lebih atas.
Tangga menyukarkan mereka yang mempunyai tubuh yang berisi atas faktor usia dan mencadangkan tangga ini di tukarkan kepada penggunaan lif. Tuan Haji Mustakim selaku Pengarah pusat pengajian tinggi itu mengingatkan kakitangan supaya tidak menyalahkan tangga tapi mematuhi diet makanan yang seimbang dan sihat bagi pengurangan berat badan mereka.
‘Kuntum layu jambatan kasih’ mengenangkan kembali hubungan Nisah dengan Hisyam yang menempuhi liku-liku sepanjang percintaannya. Setelah kematian emaknya, akibat kanser payudara, Nisah tinggal bersama Nek Awa.
Nisah berkawan baik dengan Budin, Jemi dan Jeman. Tapi, Hisyam mempunyai ‘keistimewaan’ yang tersendiri dalam memikat hatinya dan hati Nek Awa. Hisyam mengumpan rokok, sirih dan pinang bagi mengekalkan hubungan mesra dengan Nek Awa.
Nisah pula terpikat pada Hisyam sebagai teman kekasihnya kerana Hisyam adalah lelaki yang pertama melahirkan perasaan cinta kasih kepadanya.
Cerpen ‘Pesta’ berkaitan dengan majlis pesta yang berlangsung hampir seminggu melibatkan artis tempatan tajaan sebuah syarikat yang diadakan di daerah itu. Kehadiran pesta itu menyebabkan penduduk setempat memburu hiburan. Ramai anak muda yang berkunjung ke tapak pesta bagi mencari hiburan.
Cerpen ‘Angka 6’ menceritakan kisah seorang anak yang bernama Zul, enggan mendengar nasihat ibunya untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda walaupun kelayakan yang diperolehinya dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah layak berbuat demikian. Zul mahu mengikut langkah ayahnya melanjutkan pengajiannya pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.
Zul telah tertarik dengan seorang gadis,bernama Sara sewaktu bekerja sebagai pegawai ‘tele-marketing’ di sebuah bank. Zul telah berkenalan dengan gadis itu selama enam bulan. Zul berhasrat untuk bertunang dengan gadis pilihannya selepas enam bulan dari tarikh berkenalan.
Zul juga berhasrat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis itu, enam bulan selepas majlis pertunangannya dengan gadis itu.Dapatkah Zul menyakinkan emaknya yang merupakan seorang pengetua cemerlang (pengetua kanan) di salah sebuah sekolah menengah itu?.Tambahan pula, gadis pilihan Zul,yang bernama Sara memiliki usia lima tahun lebih tua dari Zul sendiri
Manakala ‘ Cerpen Lukisan Wajah’ adalah pertemuan seorang lelaki dengan seorang wanita bernama Susila melalui agensi mencari jodoh. Pertemuan yang diaturkan oleh agensi mencari jodoh ini, melalui fasa demi fasa.
Fasa-fasa ini adalah fasa perkenalan dimana agensi ini akan memperkenalkan potret yang menjadi wanita pilihan.Fasa kedua pula adalah sesi pertemuan. Fasa ketiga adalah pertemuan susulan dan fasa keempat ialah fasa perancangan samada mahu meneruskan perhubungan atau had perhubungan ditamatkan di situ sahaja. Apakah lelaki pilihan Susila merupakan seorang lelaki yang budiman?.
Cerpen ‘ Mereka Yang Pulang’ adalah judul atau tunggak kepada antologi cerpen ini. Ianya menceritakan tentang tiga kanak-kanak berusia sekitar lingkungan 9 hingga 12 tahun dan mengikut ayah mereka ke pasar malam. Mereka bertiga juga adalah pelajar- pelajar Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.
Lokasi pasar malam ini berhampiran dengan pantai perkelahan. Ayah mereka telah berpesan kepada abang sulung supaya menjaga adik-beradik yang lain dan usah bermain di laut, sementara ayah mereka ke pasar malam itu untuk membeli barangan keperluan.
Abang yang sulung gagal menahan pujukan adik-beradiknya yang mahu bermain air laut di pantai itu. Mereka telah pergi ke tengah laut dan secara tiba-tiba air laut menjadi pasang. Ketiga-tiga gagal diselamatkan dan lemas di laut kemudiannya.
Seorang lelaki telah menjumpai ketiga-tiga orang kanak-kanak ini yang mahu pulang ke rumah mereka di Taman TKK. Lelaki ini menumpangkan kanak-kanak itu dalam keretanya dan membawa mereka pulang ke rumah kanak-kanak itu.
Apabila sampai ke pintu rumah, lelaki itu mendapati ada ramai orang di rumah itu dan pemilik rumah itu mengadakan majlis kenduri arwah di rumah itu. Lelaki tersebut berasa terkejut kerana ayah mereka memaklumkan, ketiga-ketiga anaknya telah mati lemas pada kejadian petang itu.
Anak-anak mereka yang pulang seolah-olah mahu memohon maaf atas kedegilan mereka enggan mematuhi teguran ayah mereka itu. Lelaki itu juga menjadi linglung apabila kanak-kanak itu hilang secara tiba-tiba.
Penipuan seorang rakan kongsi syarikat perniagaan menyebabkan seorang lelaki yang bernama Pak Budin menjadi kurang siuman,terungkai dalam cerpen yang bertajuk ‘Sebatang Pohon Mati’. Dolmat adalah seorang kontraktor yang menyerahkan lesennya kepada Pak Budin untuk diusahakan.
Dolmat telah menipunya apabila pembayaran kerja yang telah siap atas nama lesen Dolmat. Ini menyebabkan Pak Budin berhadapan dengan pekerja-pekerja yang menuntut gaji mereka,syarikat pembekal bahan binaan menagih hutang mereka, perkhidmatan jentera meminta wang gaji mereka. Dolmat menghilangkan diri di negara jiran.Ini menjadi Pak Budin menjadi runsing dan mengakibatkan Pak Budin jadi kurang siuman.
Ada banyak cerpen-cerpen lain di dalam antologi ‘Mereka Yang Pulang’ ini. Teruskan membaca!.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.