Ranjau Berkasih oleh ISMAIL HASHIM
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Ranjau Berkasih
Penulis:
ISMAIL HASHIM
Kategori:
Teen Novel
ISBN:
978-967-12447-4-6
Penerbit:
Ismail Hashim
Ukuran file:
1.03 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Sinopsis
Ranjau Kasih.
Perkahwinan itu sendiri ada ranjaunya. Ranjau ini perlu dilalui bagi setiap pasangan yang berumahtangga. Ianya adalah ketentuan dari Tuhan.
Perkahwinan Salman dan Ina meninggalkan kesan pada Mohsen. Lelaki itu kecundang dalam merebut hati Ina disebabkan waktu itu Mohsen masih belajar. Bercinta dengan seorang pelajar bagaikan berpaut di dahan yang rapuh.
Mohsen mengetahui hubungan Salman dengan Nur Hanis. Mohsen tidak mahu Ina teraniaya. Hubungan Salman dan Nur Hanis sudah semakin jauh – mereka sudah pun menjadi suami isteri. Mereka bernikah di ‘sempadan’ tanpa pengetahuan Ina. Bagi Mohsen, Salman cuba mengkhianati Ina. Hatinya terguris dengan sikap Salman yang curang di belakang Ina. Hati Mohsen terguris kerana Salman telah melukakan perasaan Ina.
Manakala, Nur Hanis berasa tidak selesa kerana sikap Salman yang cuba menyembunyikan perkahwinan mereka dari Ina. Nur Hanis tidak mahu menjadi ‘isteri gelap’ untuk selama-lamanya. Nur Hanis cuba mendapatkan pertolongan dari Mohsen.
Nur Hanis berjaya meracuni fikiran dan perasaan Mohsen. Di sinilah Mohsen sudah terjerat dengan ‘perangkap’ yang disediakan oleh Nur Hanis. Hanya perlu kita sedari,banyak pihak yang mengambil kesempatan dari sikap orang seperti Mohsen yang ‘lurus’ yang dijadikan titian bagi menyampaikan sesuatu hajat yang terpendam selama ini.
Kemelut rumahtangga antara Salman dan Ina semakin bercambah parah apabila Mohsen berkunjung ke rumah Ina. Rumahtangga mereka menjadi berantakkan dan Salman melalui peguamnya cuba menuntut semula wang hantaran dan cincin perkahwinan mereka dan menuduh Ina bersikap curang dengannya.
Untuk mengetahui cerita yang selanjutnya, sila dapatkan senaskah novel ‘ Ranjau Berkasih’ terbitan E-Sentral pada hari ini!.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.