Mr. Crush oleh Adnil Zaff

Mr. Crush by Adnil Zaff from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Mr. Crush
Penulis: Adnil Zaff
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-15574-8-8
Ukuran file: 2.67 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Hah... itu perempuan sudah tolong sama lu.” – Pekerja Econsave “Okey. Terima kasih ya, auntie.” - Raid Itulah kali pertama Raid dan Fareena bertemu. Di sebuah pasar raya. Saat Raid terpinga-pinga memilih barang wanita untuk si adik kembarnya, dalam diam Fareena membantu. Bukan sembarangan barang. Berkepak pula tu! Malu, namun kali pertama itulah yang menerbitkan cinta dalam hati. Berkali-kali mata memandang, hingga si gadis tidak keruan. “Akka.. itu kondom. Bukan gula-gula.” – Gadis juruwang “Opss! Sorry, I tak baca tadi.” - Fareena Rupa-rupanya gadis itu guru Matematik Edin, sepupunya. Dalam masa yang sama, Edin juga cuba merapatkan mereka. Sayangnya, Fareena agak dingin biarpun salam perkenalan sudah bersambut. Sejak kebenaran terbuka, Raid cuba berlagak dingin agar dia dapat melepaskan impiannya. Kecewa. Cinta yang berputik tidak seharusnya dibiarkan berbunga. Cuma, dia tidak pernah tahu bahawasanya Fareena sedang bergelut untuk melepaskan diri daripada cengkaman Hairi, teman lelaki yang tidak pernah dicintainya. Setahun berlalu. Fareena masih tidak dapat melupakan ‘Mr. Crush’ yang pernah datang menyapa. Tempoh yang diberikan kepada Hairi sudah tamat. Maka dia nekad untuk mencari apa yang diinginkan oleh hatinya sendiri. Sesungguhnya cinta itu membutakan. Raid dan Fareena... sama-sama saling jatuh cinta. Namun tidak mudah cinta mereka. Mereka bergelut dengan dugaan dan ujian. Bagaimanakah untuk mereka melepasinya? Bagi lelaki seperti Raid, berpantang maut sebelum ajal. Dan untuk wanita seperti Fareena, setelah diberikan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki, susah atau senang dia akan tetap bertahan. Adunan dua prinsip itulah yang menguatkan mereka berdua untuk menggapai matlamat bahagia.

Ulasan

Best
by Nabilah ナディア on August 22, 2019

Best novel ni, dalam satu hari habis baca

Cerita Luar Biasa
by erna tan on October 25, 2019

Jalan cerita yang luar biasa. Paling tak tahan dgn character natasha. Anyway, its really great, well done.

Tajuk macam xkena sikit dgn cerita
by anafati on March 01, 2020

Intro agak bosan sikit..cerita ni kira kisah macam sambungan dari novel H.I.M.. Apapun novel H.I.M saya rasa lagi best..

Mr Crush
by aribah binti awang on December 22, 2020

Menarik, mendedahkan sikap buruk ayah tiri

Mr. Crush
by Nor Azizah ramli on December 30, 2020

Terlalu banyak pergolakan yg berlaku dan agak berat, banyak kisah yg boleh dijadikan sebagai nasihat dan pengajaran. Terlalu banyak sebenarnya. TQ penulis

Mr Crush
by Norita bt Hashim on February 04, 2021

best

BEST???
by Nurcahaya Abadi on July 09, 2022

Apa sahaja hasil karya AZ memang tidak pernah mengecewakan saya...hero heroin yang sentiasa kuat dan cekal. Penulis menyelitkan kelucuan untuk tidak membosankan jalan cerita Sangat berpuashati...seperti biasa dari AZ haruslah happy ending that's why mmg tak akan melepaskan karya beliau..antara koleksi AZ yang harus dimiliki.

Best Of The Besttttttt!
by on June 03, 2023

No words can describe everything about this book!

mr crush
by on October 28, 2023

mula2 bosan sikit, lama2 tu best, part lawak kemain berdekah gelak. tp mmg marah betul ayah tiri tu. dari citer tuk daddy smpai ke cucu la haha

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan