Bukan Kekasih Tetapi Isteri oleh Ailah Diela

Bukan Kekasih Tetapi Isteri by Ailah Diela from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Ailah Diela
Kategori: General Novel
ISBN: 9789671289297
Ukuran file: 2.05 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Zara. Dia gadis yang cantik, manis dan kadangkala ada polosnya. Cuma, dia ada satu perangai yang buat Rizza meluat. Kaki kikis! Itulah panggilan setelah mengetahui gadis itulah yang memporak perandakan keluarganya. Tetapi,bila adiknya, Adila cuba bertindak bodoh ke atas Zara, dia pula yang tiba-tiba baik hati menolong. Jadi superhero tidak sengaja kepada kekasih ayah sendiri bukan mudah rupanya.“Sudahlah Rizza! Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk rupa! Buruk laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!” - Zara. Dia bukanlah gadis yang garang atau suka terpekik-pekik. Tersangatlah tidak ayu. Tapi kalau berdepan dengan Rizza Azrim, memang automatik segala budi bahasa dia hilang. Kapten seorang tu bahasanya, macam orang tak pernah belajar nilai murni.“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang.” – Rizza. Bencilah setinggi gunung pun. Elaklah sejauh mana pun. Tapi kalau dah jodoh, kahwin juga akhirnya. Niat asal Rizza hanya ingin menlindungi Zara dari Adila, tapi sekarang dah jadi isteri dia pula. Bila dah kahwin, kenapa pulak rasa sayang dan cinta datang mengetuk hati keduanya. Jantung seorang kapten bagai dipalu bila gemersik suara Zara berlagu di telinganya. Bagai kalah sebelum berperang!“Jangan pernah berangan mahukan suami saya. In your dream! Remember. I’m fighter pilot wife, so saya akan fight habis-habisan!!” – Zara. Bersungguh Zara bertahan dari serangan parasit luar yang cuba menumpang kasih suaminya. Semuanya mampu dia elak. Tapi bagaimana pula jika rahsia perkahwinan mereka sampai ke pengetahuan Tan Sri Rahman Syah? Lebih penting adalah penerimaan adik kepada Rizza, Adila musuh utamanya. Adakah Rizza akan mempertahankan status Zara sebagai isteri atau melepaskannya untuk menyatukan keluarganya? Dan Zara, mampukah dia menukar wataknya untuk menjadi isteri mithali? Melepaskan gaya hidupnya selama ini hanya kerana lelaki bernama Rizza Azrim? Bukan Kekasih Tetapi Isteri merungkai segalanya.

Ulasan

bukan kekasih tapi isteri
by on September 23, 2019

kenapa kosong saja..saya dah beli kot

Best
by kurakuralaju on September 25, 2019

Terbaik

Recommended
by aliff test on September 25, 2019

Good

E book
by Nurul Farahain on October 09, 2019

E book ni akan di hantar ke email or mcm mn?

bukan kekasih tetapi isteri
by sriyanti abdullah on April 05, 2020

buku ni mmg best

Memuaskan
by Fadhilah bt. Md Fisal on May 13, 2020

kisah ringan tak byk konflik, best

Penulis
by on June 08, 2020

As expected. Novel dari penulis ni tak pernah mengecewakan. Best sangat

Bukan Kekasih Tapi Isteri
by on August 04, 2020

Zara yang polos,Rizza yang garang macam singa,Adila yang ala-ala psiko dan Zarif yang sengal tiga suku.Suka bila Zara berubah dan cara Rizza yang tegas dalam garang untuk membimbing Zara.

bukan kekasih tetapi isteri
by on April 18, 2021

best ;)

BKTI
by Norita bt Hashim on May 04, 2021

best

BKTI
by on June 11, 2021

Bestttt

Tak Banyak Konflik
by Nurelezza on August 11, 2021

Kalau sesiapa yg suka jalan cerita yang ringan maybe anda akan suka cerita ni. Tp bagi sesiapa yg suka jalan cerita yg berat anda akan rasa cerita ni bosan. Overall good job author

So-so
by Norain on September 16, 2021

Simple. Tapi ada jugak part yang meleret leret. Part yang off mood adalah bila penulis selalu simbolkan sesuatu keadaan dengan artis2 yang ada dekat malaysia ni .Tak semua orang suka baca macam tu sikit2 okay lagi tapi dalam ni mcm banyak sangat.

bukan keksaih ttp isteri
by Norafizanizan bt Maudin on November 27, 2021

kenapa x boleh baca..x dk tulisan....saya dh bayar dn download

Bukan Kekasih Tetapi Isteri
by Balqish Chee on December 21, 2021

Best! Kadang salah faham ni bahaya boleh jadi pergolakan. Tapi cerita ni best, mungkin in real life ada yang terjadi. Terbaik author !

rizza selfish
by SITI NURSARAH BINTI MOHAMMAD on January 07, 2022

buat sakit hati je rizza ni nyampah

Boleh Layan
by Nor Hazirah Ishak on March 08, 2022

Cerita ringan, konflik tak berat. Kwn baik yg sengal

bkn kekasih ttp isteri
by norhasnah on September 17, 2022

beat!!! 10q penulis

BUKAN KEKASIH TAPI ISTERI
by nabilla bakar on November 26, 2022

Best! cuma nak cakap. teruja bila jumpa watak Umar Ahqaf dgn anggerik dlm ni ! lupa lah tajuk kisah umar ni . tp kalau kisah anak umar, tajuk novel dia ada wording calon kalau x silap. suka sgt dgn nama Umar Ahqaf. falling in love dgn nama ni . daebak!

Bukan Kekasih Tetapi Isteri
by Siti Aisyah on November 26, 2023

Jalan cerita dia okaylah...x boring nak baca..x Ade konflik yg banyak sangat..simple..suka dengan watak Zarif..kawan yang gila2

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan