Dia lebih Mengerti oleh Norhayati Berahim
Ringkasan
Ulasan
Best sgt
Cara penceritaan yang sedikit berbeza dengan tulisan Norhayati Berahim yang pernah saya baca. Ada bahagian-bahagian penceritaan yang sedikit bosan dan tidak faham dengan penggunaan bahasa asing yang digunakan. Tetapi dari sudut lain ada info penting dimasukkan iaitu tatacara penanaman anggur dan penyakit strok. Ada dimasukkan sedikit unsur lucu dalam ayat-ayatnya. Watak antagonisnya bila bercakap dan bertindak memang menyakitkan hati dan memberikan kesan kepada pembaca. Saat kematian Datin Asmah terasa pilu dan mencengkam jiwa. Baru sahaja Umairah mendapat kasih sayang mamanya. Tetapi Allah lebih menyayangi. Cepat betul permohonan nikah Syed Abid-Umairah diluluskan. Seminggu? Selalunya sebulan. Mungkin menggunakan orang dalam. Maklumlah Datuk Idris tu orang politik. Allah memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk mendapat petunjuk dan hidayahNya. Bersyukurlah andai sempat bertaubat sebelum bertemu-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memandang permulaan seseorang tetapi bagaimanakah pengakhirannya..
boleh baca
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.