"ENCIK Aziz nak suruh saya jaga atlet dari Jepun?”
Dia bukan menolak tugasan yang diberikan ketuanya tanpa sebarang alasan tetapi dia perlu bercuti sehari untuk menerima kedatangan merisik keluarga Mak Cik Sally.
Masa kian suntuk, dia terpaksa menerima arahan Encik Aziz dengan berat hati. Tetapi sejak kedatangan ‘budak Jepun’ yang digelarkan kepada atlet Figure Skating dari negara matahari terbit itu, perasaannya jadi aneh.
Di antara dia dan Yuzuhan, ada satu rasa yang serupa. Rasa yang tak sepatutnya hadir kerana perbezaan latar belakang. Dia sedar diri, tidak layak namanya duduk di hati seorang Yuzuhan.
Ada salah faham yang menyebabkan Yuzuhan tidak menghubunginya sejak pulang ke negara tempatnya menjalani latihan. Ia mengenai mesej Whatsapp yang diterima lelaki itu.
‘Ini nombor telefon baru saya. Saya tidak mahu meneruskan hubungan kita. Saya sudah fikir banyak. Awak sebenarnya hodoh dan tidak menarik. Awak tidak berkualiti dan murah. Jika awak digantung, tiada siapa mahu beli awak. Awak kurus macam ikan kering. Muka awak pucat seperti ayam dalam peti ais. Kalau makan, sudah tidak enak lagi. Kesimpulannya, awak juga seperti sayur yang sudah layu dan tidak laku kerana tiada orang mahu beli. Sekian luahan hati saya.’ -Ayumi-
Kerana mesej itu, Yuzuhan sakit hati dan pura-pura tidak mengenali Nuha Ayumi.
“Saya dah tak mahu ada kena-mengena lagi dengan awak. Hubungan kita takkan berjaya. Awak ibarat seorang raja. Sedangkan saya, cuma orang biasa. Awak dikelilingi penjaga yang ramai, ada coach, manager, bodyguard dan banyak peminat di seluruh dunia. Mungkin dalam hati awak, dah tak ada tempat nak letak nama saya.
Ulasan
cinta budak jepun
by on February 02, 2020
cerita yang sangat sempoi. gaya cerita yang lucu.
cinta budak jepun
by on March 01, 2020
best citer ni ... santai jaa
CINTA BUDAK JEPUN
by Emy89 on March 03, 2020
Tq author sbb tulis cerita ni.saya peminat yuzuru.cerita ni sgt best.saya dah beli cinta budak jpun 2.tunggu author pos ja.5 star untuk cerita ni.harap author tulis lagi cerita mcam ni.cerita ni sangat lain n tak sama cerita yang saya baca selalu.
Cinta Budak Jepun
by on June 23, 2020
Best giler!
Cinta Budak Jepun
by on July 07, 2020
Bacaan santai untuk mengisi masa lapang..
Yuzuru dan Ayumi
by Putri Ria Annessa on April 21, 2021
Sangat best dan banyak part kelakar
cinta budak Jepun
by Nur sahfika Binti Azaman on January 03, 2024
best... cerita dia santai2 .. bila kita baca rasa tk bosan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.