BUKAN KERANA BENCI oleh Sheisbell

BUKAN KERANA BENCI by Sheisbell from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Sheisbell
Kategori: General Novel
ISBN: 978-967-13082-7-1
Ukuran file: 105.57 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Orang kata, ini kisah cinta paling klise. Kisah benci menjadi cinta. Kisah kahwin paksa yang berakhir dengan bahagia. Kisah dongeng yang tragis, mencari puncak ending yang happy ever after. Dhia Ameerza, gadis yang dibelit musibah 20 tahun lalu. Terperuk dalam amarah yang tidak akan padam dan kemelut benci yang membuak-buak. Dia menuding jari pada semua yang menyimpan belas dan menzahirkan simpati. Rupa sehodoh tingkah, persis diri yang sentiasa dipandang hina. Qada dan Qadar jadi semacam guli, mainan semata-mata. Lalu, dia terus memilih untuk meratapi takdir dan menyalahkan semua orang, kecuali diri sendiri. Aqil Rafiqin, lelaki yang dirantai oleh janji dan dibelenggu rasa bersalah. Langkah diatur meski secara paksa asal bebanan dosa itu mampu dipikul dalam apa cara sekalipun. Dia lelah mengejar kemaafan yang tak kunjung tiba. Apa yang Dhia Ameerza mahukan daripada Aqil Rafiqin? Dosa apakah yang besarnya sehingga tujuh lautan pun tak mampu membasuh kemaafan dari hati Dhia? Mampukah mereka hidup aman dan bercinta bila kemaafan tak kunjung tiba?

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan