CINTA BUDAK JEPUN 2 oleh Rafina Abdullah

CINTA BUDAK JEPUN 2 by Rafina Abdullah from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Rafina Abdullah
ISBN: e-978-967-17437-5-1
Penerbit: RMA STUDIO
Ukuran file: 0.57 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Empat tahun menjalinkan hubungan cinta dengan atlet figure skating dari negara matahari terbit, akhirnya dia selamat berkahwin dengan jejaka itu. Namun, ada sesuatu yang sangat mengejutkan sebelum tibanya majlis pernikahan mereka. “Jangan sekali-kali cakap perkara ni pada Yuzu. Nenek tak nak dia tahu. Encik Takaheshi juga begitu. Kami sama-sama dah sepakat, Yuzu tak boleh tahu.” Kata-kata nenek menyebabkan Ayumi bimbang setengah mati jika Yuzu tahu mengenai rahsia besar itu. Namun, dia perlu meneruskan juga perkahwinan mereka. Tinggal di negara matahari terbit, timbul pula masalah baru apabila mereka sering diekori oleh lelaki yang memiliki tatu di muka. Disebabkan Ayumi tidak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Jepun, perkara itu memberi kesukaran kepadanya untuk faham apa yang dibincangkan oleh Yuzu dengan lelaki bertatu itu. “Jangan fikir pipi awak ada tatu, kami takut dengan awak, tau. Huh, kirim salam sama itu Shigeo dalam kubur!” “Nani itteru no!” “Hah, Nani? Saya bukan Nani. Saya Ayumi. Kalau awak bodoh, pergi masuk sekolah!” “Wakarimasen!” “Tadi Nani, sekarang ikan masin pula. Memang sahlah awak ni cuma samseng tahi kucing aje.” Ketika menyedari kelemahan isterinya, Yuzu meminta Ayumi mempelajari Bahasa Jepun. Ayumi bersetuju tetapi meletakkan syarat di mana Yuzu sendiri yang perlu menjadi gurunya. Dalam pada itu, Yuzu kembali aktif dengan sukan kegemarannya. Dia tidak jadi bersara dan hal itu menimbulkan rasa tidak senang kepada pencabarnya, William. Ayumi mengetahui rancangan William dan memaksa Ayumi bersekongkol dengan lelaki bertatu di muka untuk menakut-nakutkan William. Marahkah Yuzu selepas tahu isterinya bersepakat dengan lelaki yang sering mengekori mereka itu? “Ayumi tentu faham sukan meluncur adalah sebahagian daripada hidup saya. Ia separuh daripada nyawa saya. Tapi, kenapa Ayumi cuba rosakkan sehingga sanggup bekerjasama dengan Shinto, geng dari pertubuhan samseng itu? Ayumi tahu atau tidak, apa kesannya kalau orang lain dapat tahu?” Apa tindakan selanjutnya yang diambil oleh Yuzu terhadap Ayumi? Berpisahkah mereka disebabkan hal yang sebesar itu?

Ulasan

CBJ2
by Norita bt Hashim on February 26, 2021

best

Yuzuru dan Ayumi
by Putri Ria Annessa on April 21, 2021

Sangat best.

Cinta Budak Jepun 2
by on September 04, 2021

Masa baca CBJ dulu siap Google tak sangka memang wujud atlet Jepun nama Yuzuru Hanyu. Naskhah yang bagus, buat pembaca teringin nak ke Jepun. Kelakar dengan kerenah Cik Ani emak Nuha Ayumi yang terlalu sukakan lagu Gaban. Suka dengan perjalanan cerita dan pengakhiran nenek dan Ojichan. Terselit pengajaran buat semangat atlet yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburi. Bahasa yang sedikit lucu dan bersahaja..

cinta budak Jepun 2
by Nur sahfika Binti Azaman on January 03, 2024

best, kelakar dgn yuzu guna bahasa baku

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan