NUFAH oleh Shima Rostam
Ringkasan
Nufah dan Tengku Firash ialah High school sweetheart. Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah dicengkam gelisah.
Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya.
Dian ialah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah cintanya. Namun dalam diam, Dian turut mencintai Tengku Firash, hingga tergamak menggoda tunang sepupu sendiri. Ibarat gunting dalam lipatan, cinta Nufah-Firash akhirnya musnah angkara nafsu serakah.
“Dalam hal ini I yang bersalah. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear. Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti.” - Tengku Firash.
“Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini, tapi I khianati dia,” - Dian
Setelah segalanya terbongkar, Nufah rela mengundur diri demi maruah keluarga. Tengku Firash menyesal, namun nasi sudah menjadi bubur.
Nufah membawa diri mengubati lara di hati. Tiba-tiba muncul Sean; billionaire kacak penuh misteri.
You’re my sunshine. – Sean.
Katanya, mereka pernah berjumpa tiga tahun lepas. Bila dan di mana – tiada dalam memori. Nufah keliru. Rahsia demi rahsia terbongkar. Nufah terharu. Cinta sepuluh tahun dicurangi, dihadirkan pula cinta tanpa mengenal darjat. Hati yang terluka semakin sembuh. Cinta mula mengetuk hati, hendak terima atau tidak, masih berbelah bahagi.
Reaching for your hand brings me such joy and knowing that you are mine forever brings me peace - Sean
Kemudian muncul pula Mellisa, mengaku anak yang dikandungnya milik Sean. Adakah Nufah bakal kecewa lagi?
Ulasan
Karya pertama dari Shima Rostam yg saya baca. Menarik! Byk pengajaran islamik isu semasa yg diselitkan. Berkembang minda
Sangat best,wort to read.Jalan cerita menarik & teknik penceritaan yang berjaya menarik minat pembaca
Just nice..
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.