SAAT KASIH BERSEMI oleh Damya Hanna

SAAT KASIH BERSEMI by Damya Hanna from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Damya Hanna
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-19017-1-7
Ukuran file: 1.32 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

NUR DHUHA tidak pernah mengharap derita sepanjang hidupnya. Namun telah ditentukan nasibnya sering dirundung malang. Mahu atau tidak, kehidupannya perlu diharungi demi mencari secebis kebahagiaan.

 

Berbeza dengan Syamir yang hidupnya disaluti kemewahan. Dia yakin semua akan tunduk pada telunjuknya. Cuma Nur Dhuha satu-satunya insan di muka bumi yang tidak peduli pada statusnya menyebabkan dia tegar memburu gadis itu. Dendam Syamir terhadap Nur Dhuha begitu mendalam walau episod duka mereka sudah berlalu bertahun lamanya. Sungguh, dia belum puas menyeksa gadis itu.

 

Pertemuan semula dua musuh tradisi menyebabkan Nur Dhuha hilang arah. Mental dan fizikalnya didera seakan dia tidak layak menikmati hidup ini. Pun begitu, bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang digores lelaki itu berulang kali dirawat sendiri. Tetapi tahap kesabarannya ada batasan. Lantaran itu, Nur Dhuha cuba mencari kebebasan demi meraih ketenangan yang hakiki.

 

Setelah Nur Dhuha pergi membawa diri, keegoan Syamir bagai diragut. Benarlah kata pepatah, benci tandanya sayang. Betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai bila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan dirinya. Nur Dhuha menjadi punca hatinya goyah dan rapuh. Rupa-rupanya ada kasih yang datang bersemi tanpa disedari. Lantas Syamir nekad menjadi pemburu demi sebuah kemaafan.

 

Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah ruang untuk Nur Dhuha mengecap bahagia biarpun dirinya sering kali dilimpahi derita?

Ulasan

.
by Nur Afifah Rusyda Binti Shakri on August 02, 2021

besttttt

Saat Kasih Bersemi
by Fariha Mustapha on January 20, 2022

memang minat penulisan Damya Hanna dari zaman sekolah. Sekarang dah ada eSentral, boleh la kumpul ebook banyak2.

SKB
by norhasliza binti yusoff on May 22, 2022

worth to read..best!

Saat Cinta Bersemi
by Izzati Fadhilah Arbain on June 09, 2022

Penulisan yang baik. Penambah baikan dari novel asal yang berjudul sama tahun 2005. Plot yang tersusun, membuatkan pembaca ingin terus membaca. Namun, bab pengakhiran dapat merumuskan plot novel secara menyeluruh. Siapa yang malas nak baca, boleh la baca 3 bab terakhir.

Saat Kasih Bersemi
by on December 24, 2023

Novel cinta pertama yang saya baca hanya kerana cover buku yang menarik(versi lama).Walaupun tajuk hanya bertukar dari Cinta ke Kasih ianya masih plot yang sama.Hanya ada penambahbaikan agar jalan cerita lebih tersusun dan epilog yang lebih baik dari sebelum ini.Dan semestinya antara penulis novel yang saya minati.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan