Berkebun di Bandar – Syurga di Laman Rumah Satu Solusi Keterjaminan Makanan oleh Penulis MARDI
Ringkasan
Pertanian bandar komuniti merujuk kepada amalan pertanian yang dilakukan di kawasan bandar dalam sesuatu komuniti tertentu. Amalan ini semakin popular sebagai cara untuk memperoleh makanan tempatan, meningkatkan kesedaran ekologi dan memupuk kehidupan sosial dalam komuniti. Pertanian bandar komuniti boleh dijalankan dalam skala kecil, sering kali di halaman belakang rumah, atap bangunan atau tanah kosong yang tersedia di kawasan bandar. Hal ini membolehkan individu atau komuniti untuk menghasilkan makanan secara tempatan. Ia melibatkan penglibatan aktif daripada ahli komuniti tempatan. Secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang pemakanan yang sihat, memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat dalam aktiviti luar dan sekali gus memupuk hubungan sosial dalam masyarakat. Dalam kawasan bandar yang padat, pertanian bandar komuniti memanfaatkan ruang yang terhad dengan berkesan, termasuk penggunaan inovasi teknologi yang dibangunkan oleh MARDI yang berkonsepkan self-watering container seperti GreenKit, self-watering pot dan canopytechture. Pertanian bandar komuniti bukan sahaja membantu dalam menyediakan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan, tetapi juga membina kestabilan ekologi, ekonomi dan sosial dalam masyarakat bandar. Hal ini merupakan satu langkah penting dalam mencipta bandar yang lebih lestari dan menyokong kualiti hidup yang lebih baik untuk penduduk terlibat.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.