Di Penghujung Cintaku Adelia oleh Wan Rohayu

Di Penghujung Cintaku Adelia by Wan Rohayu from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Wan Rohayu
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-0657-24-0
Ukuran file: 1.73 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini. Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan? Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi. “Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha “Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa? Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

Ulasan

Penghujung Cintaku
by Judith Dusip on June 15, 2017

The best...

best bangat...
by Lyn Amin on January 14, 2018

melayar perasaan..heheheh

Penghujung cintaku Adelia
by Adelia Shamim on March 14, 2018

best sangat !!!

Adelia
by Najla on January 26, 2019

Sedihnya watak Adelia. Harap tiada wanita seperti Adelia in real life.

1 Bintang Sebab Hero Bebal
by nurulhusna on February 06, 2019

Aku nak bunuhh aje si pashat ni.

PCA
by Norita bt Hashim on March 15, 2019

Sedih dapat suami macam ni...

Adelia...
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on July 30, 2019

Ohh kuat sungguh kamu adelia.... big punch for pasha!!!

Di Penghujung Cintaku Adelia
by CW SHARIFAH BALKIS CW A HAMID on March 29, 2020

Hmm. Kalau si Pasha tu irl elok pergi bunuh je la wahai isteri sekalian. Kejam sangat!

Di Penghujung Cintaku Adelia
by on June 05, 2020

Best sangat2..tapi ending saya tak puas hati sebab Pasha senang2 je dapat kemaafan dari isteri dia..sedangkan apa yang Pasha buat tu terlalu melampau bagi saya.

DiPenghujung Cintaku Adelia
by Ixora Riana on October 10, 2020

Best buku ni sebab berlatar belakangkan hospital. Rasa seronok baca bila watak utamanya kerja jururawat dan doktor. Tapiiii, sy sebenarnya tak puas hati bila Adelia dengan mudah maafkan dan terima semula Pasha. Saat isteri bertarung nyawa dan sibuk cari siapa suami Adelia, dia boleh diamkan diri langsung tak ngaku. Gila selfish! Kalau Darwina tak muncul dan paksa Pasha pegi munculkan diri, bukan anak Adelia je mati tapi dengan Adelia sekali arwah. For me, Pasha tak layak dapat peluang kedua. Baik Adelia end up dengan Irfan je. She deserved to be happy and to be treated fairly.

Di Penghujunh Cintaku
by on January 24, 2021

Tak RUGI baca Im crying..happy ending

penghujung cintaku adelia
by HASLIZAH BINTI HJ ASTAN on March 25, 2021

best, sedih pun ada. best citer ni

best
by Harison on June 18, 2021

jalan cerita yang menarik tapi tak puas hati bila. adelia senang sgt maafkan pasha selepas apa yang pasha dah buar pada dia..

x tau nk ckp pe
by nur diyana bt ismail on July 30, 2021

jalan citer dah best tapi endingnya mcm x best, ringkas sgt, mcm penulis nk cpt abiskn jalan citernya. cpt sgt si adelia tu nk maafkn si pasha tu.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan