Potensi Bahan Biosumber Terbuang Batang Kelapa Sawit Tua oleh Othman Sulaiman

Potensi Bahan Biosumber Terbuang Batang Kelapa Sawit Tua by Othman Sulaiman from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Othman Sulaiman
Kategori: General Academics
ISBN: 978-983-861-798-7
Ukuran file: 0.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

"Malaysia amat bertuah kerana memiliki kawasan penanaman kelapa sawit yang luas dan merupakan satu daripada negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Hasil minyak kelapa sawit ini telah pun memberi pulangan yang lumayan kepada negara dan telah memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Malaysia telah berjaya mengeksploitasi kehebatan pokok ini dengan program penanaman secara besar-besaran sejak 40–50 tahun yang lepas dan kini hasil daripada program ini telah dapat dilihat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Setelah pokok kelapa sawit berumur lebih daripada 25 tahun, hasil minyak daripada pokok ini akan berkurangan dan pokok ini perlu ditanam semula. Proses penanaman semula ini menghasilkan bahan biosumber terbuang yang tinggi dalam bentuk batang kelapa sawit, pelepah dan pelbagai bahan biosumber yang lain. Batang kelapa sawit tua yang ditebang ini sukar untuk digunakan secara efektif kerana kandungan lembapannya yang sangat tinggi. Kandungan lembapan yang tinggi ini memberi masalah besar dalam penggunaan bahan ini untuk industri berasaskan kayu. Kesan yang paling utama akibat kandungan lembapan ini ialah serangan agen perosak seperti kulat dan serangga. Kandungan lembapan perlu dikurangkan pada kadar segera dan jika tidak, batang kelapa sawit tersebut akan diserang oleh agen perosak dan tidak boleh digunakan untuk proses seterusnya."

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan