Proses Globalisasi dan Transformasi Bandar Raya: Isu, Peluang dan Cabaran bagi Kuala Lumpur oleh Morshidi Sirat
(Harga tidak termasuk 0% GST)
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
"Sebelum tahun 1980-an punca utama transformasi dalam bandar raya di negara membangun lazimnya dikaitkan dengan urbanisasi, iaitu perubahan yang dipacu oleh satu rentetan proses yang saling berkaitan (ekonomi, demografi, politik, budaya, teknologi dan sosial).
Sejak tahun 1980-an, perubahan dan penyusunan semula ruang bandar raya sering pula dikaitkan dengan proses yang berlaku bukan sahaja pada peringkat bandar raya itu sendiri malah dengan proses pada peringkat nasional dan paling penting, global. Tetapi hakikatnya, proses urbanisasi dan globalisasi saling berkaitan dan gambaran yang terjelma daripada kajian terhadap bandar raya di negara membangun ialah proses globalisasi menyumbang kepada pemesatan proses urbanisasi.
Syarahan ini bertujuan mengupas andaian dan bukti empirikal impak proses globalisasi terhadap bandar raya. Fokus ialah respons bandar raya terhadap cabaran proses globalisasi aktiviti ekonomi, khususnya dari sudut transformasi sosioruangan bandar raya, dan inisiatif pemasaran tempat untuk persaingan antara bandar raya. Walaupun ada pandangan yang mempertikaikan ""persaingan antara bandaraya"" dan sebaliknya mengajukan idea bahawa bandar raya bekerjasama dalam jaringan bandar raya global, hakikatnya bandar raya globalizing bersaing untuk mendapatkan kedudukan yang strategik.
Tema di atas akan dikupas melalui kajian kes Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah antara beberapa buah bandar raya di rantau Pasifik-Asia yang giat berusaha untuk merealisasikan manfaat proses globalisasi aktiviti ekonomi. Sehubungan ini, beberapa isu, peluang dan cabaran proses globalisasi dalam konteks visi bandar raya Kuala Lumpur sebagai ""bandar raya kelas dunia"" akan dikupas.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.